Followers

Tuesday, June 28, 2016

Jelajah Jogja #2




HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR

Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatlah kami siap-siap awal. Yang tak boleh tahan, kitorang jadi Alarm Girls, ketuk pintu budak-budak ni, sekali dengan abang and kakak ipar aku. Nasiblah. 

Plan hari ini, nak main air kat Goa Pindul. yeyeah. Baju, tudung, etc dah siap-siap packing masuk dalam beg. sumbat gak botol air, kamera, power bank, semua yang aku boleh sumbat. aku sumbat aje. Ade and Dio datang dalam pukul 7 gitu.



Staff hostel pun dah sediakan breakfast. tak sempat ambil gambar, semua dah melantak licin, time ni si Ade and Dio dah sampai. Maka bergeraklah kami semua.

Gaya terpaku sebentar


Fee:

·    Pakej Cave Tubing Pindul
- Guide
- Perlengkapan (pelampung, jaket keselamatan, Head Lamp etc )

- Insurans 
- Harga :  Rp 35,000/person
    - Duration : 30 – 40 mins

·   Pakej Tubing Sungai Oya (p/s: depends pada deras air)
- Guide
-   Perlengkapan (pelampung, jaket keselamatan,sepatu karet)
    -  Insurans
    - Harga : Rp 45,000/person
    - Duration : 1 – 2 hours

Nota Kaki: 
hati2 dgn ulat tiket jalan sampai jumpa pelampung2

memandangkan kami dah bagi itinerary ni siap-siap pada Ade dan Dio, jadi diorang dah call untuk reserve and ambil kitorang untuk jadi pemandu arah menghala ke Goa Pindul. Jalan dia naik bukit dan berpusing-pusing. pening toksah cakap. 

nak masuk ke area sungai-sungai tu, kena naik lori angkut. takde gambar, sebab dalam video. 


































sempat beli air dulu... panas sangat time ni





Lepas ni terus gerak ke Sungai Oya. 


Naik lori balik. sangat jauh wooo, panas toksah cakap. sunburn memanjang kat sini...

Warning: Pictures ahead












Termenung aje si Syahir ni. di bawah pokok kelapa

ni rehat-rehat jap, lori tak sampai lagi. 


bergaya terbalik. betol-betol menghadap matahari, perit biji mata

air fave kitorang. punya lama tak  minum air dalam botol kaca

*********************************************************************************
pengalaman menuju ke Pantai Timang ni akan menjadi the most unforgettable lah kepada aku. meh aku story mory.


balik dari makan kat Goa Pindul tu, dalam pukul 12 lebih, singgah makan and solat dulu (*seperti biasa, aku takde gambar restaurant tu) Dio yang bawak.

masa ni semua ingat style pergi Pantai kat Malaysia, masuk entrance nampak laut, tapi aku silap..... silap besar.

Sepatutnya destinasi kami adalah Pantai Nglambor, sebab kitorang nak snorkelling, apekah fungsi beli kamera mahal kalau tidak dibawa berendam. tapi Ade bagitahu yang kat situ ada bulu bab*

Fee utk fyi :

·    Parking kereta: Rp 5,000
·    Sewa alat snorkelling : Rp. 35.000 - Rp. 50.000
·    Buka setiap hari

cantik tu.



So, kitorang terus proceed plan next tempat Pantai Timang. jalan die penuh liku. sangggggggat. pastu jalan masuk ke area Pantai Timang tu sangat teruk, jenis batu kasar, rim kereta boleh rosak,. nasib bukan kereta sendiri.

nak dijadikan cerita, untuk masuk ke Pantai Timang, kena naik ojek. sebab kalau masuk guna kereta, potensi rosak adalah sangat tinggi. korang tau kan ojek ni umpama bonceng motor orang.

dorang pon ade uniform okey.. *courtesy from google*


masa memula abang aku dah tak nak, since ada girls kan. takkan nak kasi naik orang yang tak dikenali. aku masa tu tahap. husnudzhon kot. aku nak menikmati pemandangan ciptaan Allah kot.

lepas bincang dalam 10-15 minit, baru abang aku on. so,kami naik motor, 7 ojek untuk 7 orang, kalau ko pernah masuk keluar bukit lalu batu tajam, tinggi, jauh dan bawak laju. kau nescaya akan terasa macam jam bergerak sangat lambat.

aku seperti biasalah, borak2 dengan abang ojek tu, dari tanya pasal gondola (aku nye wishlist kat Jogja) pasal lobster (tak rasa pun) sampailah tempat-tempat menarik lain yang ada kat situ.

Bila dah sampai, aku rasa macam nak sujud syukur woooo, nikmat dapat jejak kaki kat tanah.

Nikmatilah pemandangan air yang macam berwarna hijau zamrud tu.




sakit ontot naik ojek




belakang tu kena naik gondola baru dapat sampai

3 orang aje yang naik gondola



siap-siap nak gondola'ing balik 


view dari dalam gondola


aku kecut perut masa naik gondola, tapi aku suka perasaan kali pertama try. sebab aku gayat. jadi bila aku try gini, secara tak langsung dia buatkan aku berani. lepas ni nak try bungee jumping pulak.

Psst: sediakan duit kecik banyak2, sebab banyak tol tanpa kotak. serius banyak. even parking pun sama. 

sekarang otw pergi ke Pantai Indrayanti, untuk  melihat sunset. memang macam pelesit bawak kereta.


yang muda-muda aja. yang tak muda dah pancit dok atas batu


sunset dah upset dah. sebab lambat sangat

takde motif. yang ni kena tengok gambar kembar Seoul-Jeju
Masa ni dah dekat pukul 7petang. kembalilah kami ke pangkal jalan.



***sambung ke hari ketiga