Thursday, April 4, 2013

BILA PANDA DATANG MENYERANG......!





Saje je tajuk camtu, padahal tiada pembabitan haiwan tersebut didalam blog ini melainkan merujuk kepada gambaran sebenar empunya blog. haha. Kenapa tetiba ayat aku makin skemangkok. mana taknya, aku buat fail civil procedure untuk case management in malay, which before this, i done every single things in english. bukan nak kata, "eleh, cakap london (sila muncungkan mulut tang sebut london tu ye) bajek bagus" 

bukan nak kata bagus ke apa? tapi kau paham tak, bila kau dah terbiasa mengadap bahasa tersebut, dia jadi normal things ever. bukan nak kata aku minah celop ke apa. bila cakap melayu semua orang boleh buat, tapi tang buat fail in malay fully formal format, patah leher. padahal aku bukan nak cakap sangat benda alah tu. tapi aku nak cakap betapa banyak gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr kerja, aku jadi panda.

buktinya... jeng jeng jeng 
any idea how to lose those eyebags? such burdensome.

nampak tak? nampak tak? mata aku jadi sembab sesangat, sebab hari-hari aku tidur 2jam je. sakit kepala, sakit hati, sakit jiwa dan raga , tak lupa juga sakit poket. apa kena mengena poket ngan tak cukup tidur? yola, bila nak elak tertidur, mesti kena makan, nak makan kena ada duit, nak duit kena pergi atm, nak pergi atm kena pastikan ada duit, nak pastikan ada duit kena contact pernyalur dana dekat rumah, nak contact kena ada kredit, and nak kredit kena beli, nak beli kena guna duit. nampak tak salahsilah keluarga kat situ.

haha. aku dah jadi mereng, ni belum cari lagi tempat chambering, kalau dah jumpa lagi kritikallah ke"mereng"an aku. 

mesti korang dok pikir napa cupcake tu berada ditengah-tengah meja. nak cakapla betapa aku gembira setelah sekian lama aku mencari kedai cupcake, akhirnya aku jumpa satu kedai kat Berjaya Times Square, kat depan Dr.Cardin and jalan menuju monorail. pergh. yummy. aku paling suka vanilla, alah yang cupcake putih ada love merah. tu je yang paling sedap. balance cupcake lagi 4, aku pas kat Natto, my same-age-niece


reminder: never ever take a pics while wearing a black tudung like this, nampak hitam muka aku. cheh. watevvvvv.
ni tengah dok lepak-lepak makan kat Taste of Asia Berjaya Times Square.. aku melantak makanan korea. sampai terlentang kenyang kat situ. ni pun lepak-lepak lepas antar abang aku kat TBS. dah orang nak belanja, kita kenalah ambil kesempatan, ingat rezeki datang bergolek ke? dorang pakai rollerblade dah sekarang. takda brek, vroooooom je. 

haha, apa aku merangut ni, setaaaaaaaaaan?! ayat yang biasa aku dengar dalam lrt bila ada budak-budak habis spm berborak ngan geng dorang. mentang-mentang aku sorang. kang aku join kang, takut. kena khutbah dengan aku karang. haha.

dari kiri ddoekbuggi,next kimbab and yang besar ni bulgogi set kering *nomnom*
p/s: lama tak berupdate. tang hujung-hujung hidup kat kl la baru syok nak menaip benda cenggini.

ciaooooooooooosingchi

No comments:

Jelajah Jogja #2

HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatl...