Showing posts with label tambah ilmu. Show all posts
Showing posts with label tambah ilmu. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Radio Online




aku tau korang bukan ada radio pun kan
dok sibuk bukak lagu mp3
ulang and ulang and ulang and ulang kan?

so, aku pun sharelah website ni
kalau korang terasa cam nak dengar radio secara online
tak kisahla hotfm, fly fm, or even banyakcakap fm
semua ada.
dari luar negara punye pon ada

pergi singgah blog ni



dah tu je..

buhbye

Friday, October 14, 2011

‎13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT


aku tau mesti ada yang dah pernah baca kat fb or any web pasal ni lah kan,tapi aku tetap nak share. sebab ni bukan sahaja peringatan pada korang, ni juga untuk diri sendiri..



Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri ka
mu.”


credit to : geng blogger n fb..


disclaimer: petikan/artikel ini diambil atas dasar niat untuk menyebarkan ilmu, bukan bertujuan sebaliknya, sekiranya terdapat sebarang  rungutan untuk meminta empunya blog menarikkembali artikel tersebut, sila maklumankan... harap maklum


p/s: omo, mentang-mentang aku amik copyright, sumer benda aku nak letak disclaimer cenggini.. aku dah share kat fb...

Saturday, September 10, 2011

Sedangkan Tuhan lagi Mengetahui... *Insaf* sobsob

dulu,aku ni selalu jugakle mempertikaikan *pergh ayat*<----kecik2 dulu, otak tak matang
kenapa aku selalu aje yang susah, 
kenapa aku tak pernah dapat apa yang aku nak 

kenapa bila aku rasa cam aku dah kasi 100%, result dia tak seperti yang disangka
pokok pangkalnye, aku pertikaikan semua benda yang aku kenala

sampaila aku baca buku 
"LA TAHZAN JANGAN BERSEDIH" by 

memula baca tu rasa macam
Ya Allah, melampaunye aku ni
pertikaikan kerja Dia
sebab Dia tak kasi apa yang aku nak tu mesti ada sebab.
lepas aku dah pulun habis 3vol dia ni

tetiba masa aku dok godeh laptop akak aku
tetiba aku terbaca artikel pasal ni
aku copy jela *ilmu Allah, kongsi, buat tambah kat kepala yang tak berapa berisi tu*

JANGAN MENGELUH ….Kita Selalu BertanyaDan Al-Quran Sudah Menjawabnya.

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI???QURAN MENJAWAB“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja denganmengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dansesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Diamengetahui orang2 yang dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN???QURAN MENJAWAB“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI???QURAN MENJAWAB“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengankesanggupannya. - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA AKU BERSEDIH HATI???QURAN MENJAWAB“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2yang beriman.”- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???QURAN MENJAWAB“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan). “


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???QURAN MENJAWAB“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar danmengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah beratkecuali kepada orang-orang yang khusyuk”- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI???QURAN MENJAWAB“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, hartamereka dengan memberikan syurga untuk mereka…- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP???QURAN MENJAWAB“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. HanyakepadaNya aku bertawakkal. - Surah At-Taubah ayat 129
          KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!          QURAN MENJAWAB“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.          Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”- Surah Yusuf ayat 12


"YA ALLAH,JANGANLAH KAU BIARKAN AKU KEPADA DIRIKU WALAUPUN SEDETIK, KERANA KAU LEBIH MAHA MENGETAHUI"


p/s:jadi, kalau Allah tak kasi apa yang korang dok mintak tu, adala benda lagi best yang Dia nak kasi. cuma beza waktu aja.  
macam budak kecik, kalau mintak gula-gula terus dapat, dia takkan dapat rasa betape sedapnya gula-gula, even mahal sekalipun. *tak kisahla jenama AtokAku ke or AtukKitabersama ke* dah tak beza
kalau kita kasi lambat-lambat, lepas dia dah habis kerja rumah ke? lepas tolong mak kat dapur or apa-apa la kan, 
cuba kasi gula-gula tu, dijamin, 
waktu itu, bagi budak tu, tulah makanan paling sedap kat dunia ni

jadi, jangan mengeluh, jangan putus asa, and jangan lupa doa dan tawakal
dan, mintak pada Allah, puas-puas. jangan sesegan
*tapi jangan pula, mintak je lelebih, usaha tak ade*

so, renung-renungkan dan selamat beramal and kepada yang dah naik sem baru, jangan membiarkan diri anda dipenuhi lemak-lemak MALAS.. muahaha. jom kembali kesekolah


credit to:external hardisc akak aku.lub u bebeh

Jelajah Jogja #2

HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatl...