Lama bebenar aku tak update belog ni.
pelakon-pelakon Ada Apa Dengan Jogja!! kat Old Town |
Ni namanya perjalanan tak terancang yang aku pernah buat, tapi still tak boleh beat lagi perjalanan ke Seoul-Jeju (yang ni nanti aku cerita).
Gara-gara nak pergi Jogja nilah aku sanggup beli SJCam 5000+ dengan harga tuttttttttttt. sebab aku taknak guna hp, kengkonon supaya aku dapat merakam semua detik pahit manis duka lara ketawa ria lah kisahnya. Tapi disebabkan aku beli sehari sebelum berangkat, tak dapatlah aku total godeh 100%.
abaikan ketiadaan cadar tersebut, baru lepas cabut, nak basuh. kekeke. accesories yang sampai sekarang aku tak tahu fungsi die |
Berbalik kepada cerita bagaimana kisah aku boleh terlajak ke Jogja. Semuanya bermula dengan idea nak pergi ke Hatyai,Thailand naik KTM. tapi abang sulung aku awal-awal kata nak starlite dahi aku if aku proceed. hahaha, waktu tu Thailand tengah bergolak, dapat pulak cerita adik bongsu perempuan dia ni ngengada nak ke sana, memang dapat kombo jotos dan starlite la jawabnya.
Time tu aku dah pasrah, dah sedih tambah kecewa. sekali tuptup Nadia (*anak sedara aku) kata kawan dia ada kat Jogja,why not kita pergi aja ke Jogja. tak payah nak ada tour guide bagailah. Since kawan dia boleh tolong carikan driver yang murah2. Makanya......
Return Tix untuk 6 orang *saja aku conteng |
Dah getar-getar tangan beli tiket, sebab time nilah takde promo, before ni return tix bawah RM200 kot, tiba masanya iolss mencari tempat beradu sepanjang keberadaan beta di sana... heee.. time nilah kita menggunakan khidmat booking.com. The best part guna booking.com ni adalah tak perlu bayar dulu, dah sampai baru bayar. TAPI pastikan tengok polisi hostel/hotel/guesthouse, sebab ada certain hostel/hotel/guesthouse tak benarkan untuk kita cancel up to 7days or start from the day we book.
Please jangan jadi macam aku and Nadia, kitorang ada habit book suka hati, asal tengok meja dia cantik, kitorang book, asal tengok katil dia macam best, kitorang book. kira macam pilih Top 10, pastu nanti buat saringan lagi pilih Top 3, before reach our agreement untuk book yang mana satu.
Nak dijadikan cerita, gara-gara buat perangai gitulah, kitorang terbook satu hostel yang polisinya tak boleh cancel secara percuma, unless kita bayar 10% harga booking walaupun flight nya lama lagi. haha. Tragis wei. So, duduklah kami di De Hostel Yogyakarta. Dah alang-alang book tak boleh cancel kan, so kitorang terus book 3 bilik, lepas tu tambah satu lagi bilik, total adalah 4 bilik kesemuanya.
See- taste kitorang tak nak yang simple- semua extravaganza tchhh |
dia style traditional mix with modern. banyak aja hostel kat area ni. tapi yang ni aku jatuh chentaa sebab dia limit berapa orang aja. and tempat dia sangat mendamaikan.
aksi-aksi menunggu print tiket kat kiosk and check in luggage |
Sementara tunggu Gate buka, kitorang menyantap dahulu di Old Town, 2 jam je flight, bukan lama mane pun. toksah lah ngengada nak beli meals on flight tu. tak berbaloi kot. tak sempat makan, dah kena kutip balik. dah setel makan, gate pun dah buka. kitorang bergerak ke Imigresen, since diorang guna konsep cek bijik mata, haruslah aku memakai cermin mata. kang aku dilabel tak sah kerakyatan puler, mata cokelatooo. keke
baru lepas imigresen. time to move it move it |
Penantian yang menyeksakan aku. |
Pukul 12 lebih, bila dah masuk kat badan pesawat. for surelah benda pertama cek nombor seat. Nasiblah aku dapat sebelah tingkap, tapi tu semua tak penting since aku bantai tidur.
Dah touch down kat Adi Sucipto Terminal, haruslah lalu lagi bapak imigresen yak ibuk-ibuk. Bila keluar tu, mata dah melilau cari supir kitorang. Ade dan Dio, under Jonis_rental boleh cek kat ig. affordable la. sebab kitorang ambil 2 kereta, Avanza dan Rush, total utk 3hari full untuk 2 kereta adalah Rp 2.2 Juta kalau tak silap.
aksi menunggu kereta |
memandangkan kitorang book 4 bilik,, sebab satu bilik cuma boleh muat 2 orang aje, aku mintak satu level tingkat atas, conquer satu family, lengkap toilet, tv,aircond, kipas, lampu, pintu, tingkap, cermin, ape lagi yang kau nak, semua ada. menunggu azan maghrib, sebab lepas solat, kena cari kedai makan lagi. cepat gila proses makanan berlaku. hahah. kebulur memanjang, bela saka ke ape. ooops. tak okey, kitorang memang suka makan.
bilik kami berdua, bersih derr |
Lepas solat semua siap2 untuk turun, Ade and Dio pun dah tunggu. Staff kat hotel ni siap tanya lagi, sarapan nak makanan nasi ke roti, aku kan perut jawa, for surelah nasi. tapi memang thumbs up sedap.
si Dio bawak kitorang ke Raminten, makan Jawa Asli, harge dia aku tak ingat, tapi yang pastinya total kesemua untuk 9 orang (include Ade and Dio) adalah Rp 170.000 ( kalau convert time tu dalam Rm50-60 aje) portion die ada single ada double. and kitorang memang melantak kaw2 punya. jakun 1st time makan style orang tempatan. kat sini ada jual Bakpia ori, mahal dan sedap. tapi berbaloi. aku tak ingat berapa harga satu kotak, since aku pow abang aku, so dia yang bayar.
ni style open table. open sangat. kat belakang tu, penuh dengan pelbagai jenis kereta kuda |
Kitorang kena Qeueu dulu. sebab full house |
House of Raminten *sila google asal usul- unik |
Lepas makan-makan semua, kitorang ke Alun-Alun Kidul. yang ada 2 buah pokok besar, di beritahu oleh Google, dimana kalau kita berjaya jalan lurus, confirm petanda hati bersih. which aku tak percaya pun, just for the sake of experience, aku cuba juga. Kat Alun-Alun Kidul ni ada beberapa aktiviti yang kena cuba.
1) Masangin – melewati celah beringin tersebut (tutup mata)
adalah seseorang yang mempunyai hati bersih dan tulus (sewa blindfold Rp5.000)
2) Tandem bicycle (Rp 15.000)
3) Odong-odong (basikal berlampu) (Rp 30,000 which can
accommodate up to six persons)
and sempat juga kami pekena wedang ronde - halia + dengan kacang and etc. which aku tak habis minum pun. aku makan isi dia aja,n since ni air teh halia. mana yang tak biasa, memang buang angin ajelah.
wedang ronde. courtesy from google since time kitorang minum tu, tempat nya tak de lampu |
Sepatutnya plan nak ke Gumuk Pasir Parangkusumo, main sand ski sambil tengok sunset. tapi memandangkan bila tiba hostel pun dah pukul 5lebih, dekat 6. memang tak sempat sebab tempat tu tutup pukul 6petang kalau nak main snow boarding. sebab perjalanan dari hostel ke situ adalah satu jam - satu jam lebih.
Kalau nak ke Gumuk Pasir Parangkusumo, fee nya:
***bersambung hari kedua
courtesy from google. budak-budak ni dah terfikir nak tunjuk skil, sekali tak dapat pergi. kecewa |
Kalau nak ke Gumuk Pasir Parangkusumo, fee nya:
· Entry
fee : Rp 4,000
· Parking
: Rp 3,000
· Sand
boarding : Rp 200,000 / person (min 6 person)
- Up until 6.00 p.m only
***bersambung hari kedua
psst: itinerary lengkap akan dimasukkan di hujung post terakhir
No comments:
Post a Comment