Monday, December 5, 2011

EDISI SPOTCHECK !!!! Siap Sedia


since minggu depan hari isnin aku cuti
dengan itu aku mengumumkan bahawasanya 
pada hari JUMAAT, 
dari 7PAGI hungga 7PAGI esoknya

versi spotcheck oleh aku 
akan dijalankan ke setiap blog-blog yang follow aku

kalau blog korang sangat best, aku akan review and post setiap entry review tersebut
ke 5 webpage untuk blogger 
(maksudnya banyakla)
(toksah risau..semua aku buat)
guna stail aku sendrik, sampai jadi panda

sebab?
aku takut terlepas baca mana-mana blog korang
aku tak suka buat kerja separuh jalan.. nanti aku senaraikan blog yang aku dah review kat sini
malas nak update chord guitar
tengah takde mood.
mood sekarang nak sibuk kat blog orang

ok, ciao
adieu

Sunday, December 4, 2011

Blogwalking------->blog tangan punya kerja

tak susah nak suruh aku jadi reader korang
just buat entry yang aku leh kaitkan dengan hidup aku
that's it, i'll be your followers....
empunya: faten osman

aku suka gila kot.
aku just spent 3 straight hours baca semua post dia
sebab aku benci baca separuh-separuh
so, memang aku tak peduli aku tido pukul berapa pun
sebab apa aku suka
drawing bawah ni, dia yang buat
semua post dia, ada sekali dengan drawing.
aku suka benda lukis-lukis
nak buat camne dulu nak jadi arkitek, tapi abang suh jadi loyar.
so, tak dapatla aku praktis melukis, setakat conteng dalam jamban mahupun meja jela
blogger ni pun ada ambil upah lukis drawing, kalau korang nak
so, ape lagi check it outle
very ohsem....

mak cakap, kalau jumpa benda best,kena kongsi. 
so, aku pun kongsilah..

dah, takda benda lagi dah. ngantok 







credit to: faten osman's blog
ok bai

Saturday, December 3, 2011

Tips Nak Cover Diri Paling Berkesan---------> pada akulah






  • APA YANG PERLU DIBUAT BILA kau tak tau cara macam mana nak beli token kat mesin lrt yang baru dibuat tu, kau pergi kat mesin tu, ko tekan-tekan dan tekan, sambil tu, kau pergi jeling-jeling orang sebelah. kalau dia pun sama terkial-kial cam kau. kau buat-buat tanya, "camne nak guna mesin ni?" sambil buat muka over confius. sebabnya, kalau kau tekan sorang-sorang, orang tauler, ko ni tak pernah beli token, mau diorang bantai gelak. nak gi kat kaunter, dorang awal-awal dah halau dah, suruh korang beli kat mesin tu gak *takberhatiperuttol* so, dengan cara ini, kau bukan sahaja berjaya beli token tu, bahkan kau berjaya menambah kawan... kalau nasib kau untung, dapat boipren baru.. ngengenge...

  • APA YANG PERLU DIBUAT BILA kau punya selipar licin, takde hujan takde ribut, tetiba kau tersungkur. toksah risau.. kalau kau dah jatuh, lagi bagus. ade dua cara, pertama, kau buat muka marah kat orang belakang kau, eventhough dia tak salah pun. sambil berkata, "be nice, btw saya maafkan awak, jangan buat lagi tau".. kau kena cakap dengan suara yang kuat, biar orang perasan yang kau jatuh tu bukan sebab diri sendiri tapi sebab orang tolak ko, tak pun, cara kedua, yang ni tragik sikit.. dah kau jatuh, pe lagi, lap ah lantai, tak pun main jari kat lantai tu, dengan harapan orang ingat ko ni tiga suku.. tapi keburukan cara ni, mamat ensem semua lari, rugi ah.. 
  • APA YANG PERLU DIBUAT BILA kau nak masuk tren ke masjud jamek, tapi kau pergi lalu tempat lain, disebabkan kau rasa segan nak buat corner baring. kau teruskan perjalanan ke tempat yang salah. jangan risau, cara aku ni konpem berjaya, sebab aku dah buat tadi petang... muahaha. kalau dah tau salah jalan, kau cepat-cepat tengok jam, pastu toleh kiri-kanan, buat macam kau tengah tunggu orang, padahal takde pun. pastu, ko tunggu barang seminit dua gitu. pastu kerutkan kening. purak-purak pegang phone, terus pusing and menuju kearah destinasi yang betol. buat macam kau tunggu boipren ke, kawan ke, konon-konon diorang tak datang and kau nak blah balikle. gitu. so, orang pun takdela perasan sangat yang kau ni sebenarnya nak cover malu. 
  • APA YANG PERLU DIBUAT BILA kau dok speaking masa nak ambil order kat burger king, pastu cashier *orang yang jaga kaunter, panggil ape ek?* buat muka tak paham, padahal ayat yang kau guna tu sesangatla simple, pastu kau malu sendiri sebab kau ingat ayat yang kau guna tak betol. jangan risau, yang penting, muka kena konfiden. kau terus cakap kuat-kuat, " awak paham bahasa melayu kan, ok, fine, we start over again, saya nak....".  lantaklah, dia sengih cam kerang hangus ke apa ke, buat muka macam dia yang salah, sambil geleng-geleng kepala. pastu bila dah tibe hujung tu, kau senyum, pastu kalau kau berani kau cakap, "pasni masuk kelas b.i ek?".. 


p/s: ni semua berdasarkan pengalaman dan tahap imaginasi yang tinggi. nama aje budak darah B, diorang memang macam gini. gile-gile.. so, intipati untuk tips ni adalah, tahap konfiden yang 99.99% kena ada, baki dia, kau kena pakai contact lense kelabu cam aku, sebab ape? saje... 

p/s: selamat mencuba. kalau berjaya buat. aku kasi hadiah baik punyer.. 

Ladies~ Tolong Jangan Nak Mengada Buat Macam ni

  • JANGAN NAK MENGADA pakai legging warna putih/apa2 warna + t-shirt lengan pendek + tudung. aku meluat tau.. dah tu jalan depan aku banyak-banyak kali... ape kejadahnya. kau tau tak fungsi legging tu apa? tolong baca manual guidance ok. ape? kubur masing-masing? lutut tol, buatnya kita mati tertimbus sama-sama, tak pasal-pasal aku kena dengar kau jerit ke, menangis ke? aku tak nak.. paham.. dahla warna putih, stretching pulak tu.. babat kau nampak.. and you're old enough to think! have some pride to cover your private part, frankly speaking!~


  • JANGAN NAK MENGADA nak ukur kaki sampai tarik seluar jeans kau sampai betis.. terbeliak biji mata aku tengok.. mana taknye, depan mata dalam lrt.. what the ****! yo, miss. just wear short after this... tudung kepala dah cantik, baju dah besar.. seluar dah longgar. aik. ni tren ke gombak, mana banjir macam kat kajang tu.. apa kes ko tetiba sengseng seluar kau... 1 perkataan SENGAL.........!


  • JANGAN NAK MENGADA control comellah dengan baju kain jarang tu.. tolong pakai kain dalam. betis kau memanglah comel. budak lelaki tengok pun comel gak. tapi kau tau tak... kau tunjuk kat depan mak aku, kakak aku, jiran aku.. what the bloody s***! aku taknak tauler. kau tengah dalam sistem penjimatan wang ringgit ke? duit tak cukup ke? kain dalam dah abis ke? please, you want to show it, show it somewhere else.. i'm not a freaking pervert like some guys.. and this is a ladies' talk.. accept it unconditionally. 

p/s: kasar bunyi post ni? memanglah.. kalau cakap lembut ada orang nak dengar.. aku tuju ni, untuk peringatan kepada diri sendiri dan jugak orang ramai.. nak tegur tadi, tapi keadaan sesak, penuh.. dalam islam kata, kalau nak tegur atau nasihatkan seseorang, jangan kat tengah orang ramai. ditakuti akan menjatuhkan maruah orang tu., and jangan tegur waktu kita tengah geram, takut niat dah tak betul. instead of nak nasihat aje, dah jadi ugut ke, marah ke? gitu... lagipun, orang yang aku jumpe tadi, cuma sebahagian dari orang ramai yang pergi pc fair, sureheboh or tengok ombak rindu..

bayangkan, betapa lrt tu sesak.. so.. renung-renungkan dan selamat beramal


adieu

Tuesday, November 22, 2011

Ready MP3

aku tau korang kadang-kadang annoyed dengan 4shared mahupun aimini kan
so, aku pun sharele site ni
sangat laju nak download mp3, baru mahupun lagu lama


pesanan dari pihak penaja,
kadang-kadang link ni tak leh loading or yang sekutu dengannya.
sebab diorang selalu update, tu yang site ni sengal sikit
tapi overallnya, kalau ikut mood angin kus-kus, dia okeyla
kalau datang angin monsun timur dan barat daya
konfem tak jumpa. try hari lain
tu aje

adieu~

Loading.....29.9%



kehadapan para bloggers mahupun followers yang dikasihi ramai
disini aku ingin mengucapkan terima kasih dengan nada sarkastiknya
kerana berjaya membuatkan aku selalu tak tidur malam
kenapa?
buat pengetahuan korang semua,
aku ni guna wifi free, so, possibility line lembab
tu memang konpem adala kan

cuba korang bayang, tak payah lelama
dengan blog korang yang penuh widget, ngan pics yang banyak
korang rasa loading cepat ke lambat
sianla kat aku
aku ni suka blogwalking

kalo lagu gini camne
kadang-kadang tu ada yang kecik hati, terus unfollow aku
owh, sungguh tak ikhlas betol
lagi satu, aku ni jenis orang yang kalau aku follow,aku tak mention pape
kalau bertambah followers ko, tu tandanye aku joinle
and aku suke jengah tapi aku baca kowt.
kadang-kadang dari older posts lagi tau
tapi takkan tu pun aku nak mention
nak buat lagu ni ke?

"hi, saya kan dah baca semua post awak, lagi, saya follow awak juga, better follow saya and baca post saya, kalau tak,saya unfollow awak, takpon saya taknak jengah blog awak lagi"

what the he**!

it's annoying ok, memula, aku memang akan follow balikle kan
tapi macam mana nak follow, aku tunggu page loading pun aku dah start sakit hati
tau jela kan, aku kan darah B 
i hate troublesome things

so, kalau korang rasa cam aku tak follow gitu,
bukan sebab aku taknak, tapi sebab aku tak boleh

asyik refresh aje. terkuar tulang lutut ah gini
kadang-kadang tu, sebab aku tak sampai hati, aku tunggu malam sikit
alang-alang nak stay up kan
aku bukak blog korang, waktu tu line dah ok
but still
ngan lagunyer, gambar bling blingnyer
wow.. sakit pala.. 
ada tu sampai terkuar perkataan yang tak sepatutnye
yela, yang widget lagu tu, sound tu minimize le dulu. bayangkan yang tak ade button pause/play
terkuar taik telinga, pastu kuat gila.

janganla dera cenggini
kesianle kat aku
takpe, takde lagu pon takpe.
cantik je blog ko tu.
pening tau. esp, kalau aku pakai headphone, kalo earphone..memang konfiden ah
matikan terus semua page

so, in conclusion, jangan salahkan aku kalau aku tak follow atau jengah
ada la sebab-sebabnye.. 

sekian, makasih

credit image to : kenixho90's page

Sunday, November 20, 2011

Mind Reader-----------------------> Prof X.

aku keluar gi lib tadi tetiba terpikir
 macam mana kalau apa yang kita tengah pikir, orang lain pun boleh dengar
tak ada privacy langsung

kantolla, buatnya waktu tu tengah pikir
"aaa, tadi aku jumpe mamat ensem, esok kena datang balik lib, mana tau leh ngorat"
takpun
"aku korek telinga tadi, hampagasnye aku kesat kat mana?"
or
"pehal la lambat bebenor orang dalam jamban ni, ko melabur saham untung rugi ke?"
and banyak lagila

aku dulu, masa awal-awal aku masuk matriks
sumpah, kalau ada orang tenung aku lebih sikit je, aku terus cop orang tu mind reader
padahal, dia tengok kat gigi aku ada lada
muaauhahaha

ada juga le, belajar trick
konon nak determine dia ni betol ke mind reader
aku baca kat buku
buku tu cakap, kalau tengah jalan-jalan tu, ko cakap dalam hati, "eh, kat baju ko ada labah-labah la"
tak pun, "ish, bulu hidung dia nampak beb"
atau, "duit 50hengget kat kaki ko le"

kalau lepas kau cakap cenggitu, and orang tu terus buat apa yang kau cakap dalam hati tu
konpem, dia pakai antena astro beyond

tapi, ni apa yang aku baca
jangan kau percaya,
kot-kot kebetulan le pulak, dia terus pegang hidung
jangan kau tenung dia lelama, or ko sumpah seranah depan mata hati dia pulak
nangis guling-guling anak orang tu
dah tu aje.. 



tapii, memang betullah kan, ada orang boleh baca pikiran kita,
just kita je yang tak tau...
pergh, konfiden, pas ni, kalau jalan-jalan,
sila pakai kuali emak kat rumah, boleh pantul balik siaran 

adieu

Jelajah Jogja #2

HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatl...