Saturday, August 4, 2012

Kisah Kucing Jalanan~ Romi


ini kisah benar...
sampai aku rasa macam nak lekuk kepala sendiri
ada campuran, sedih,malu, gembira and sebagai pengalaman hidup pelajar
malulah kot...takdela memalukan sampai nak pakai plastik sampah warna hitam kat kepala kan


cerita ni berlaku awal bulan julai tahun ni
masa tu baru balik dari hantar natto ke BTS
lepak-lepak sambil makan macam orang kebulur and tengok wayang

otw balik, lalu le depan bas safiyah
nampak ada kucing dok terhencut-hencut jalan
kat tengah jalan yang kereta memang konpem laju

aku memang tak pikir panjang
jalan dah laju kalah lipas kudung
adalah sorang brother tu tolong angkat ke tepi
aku memang dah tak sedap hati
aku gi dekat dengan anak kucing tu
masa tu dah start tarik hingus dah *sedih*
aku memang pantang nampak kucing sakit
kucing kat umah, aku nampak luka sikit pun, dah ujan
ye, aku  ngaku, aku memang hati kaca.. 

masa angkat die, aku nampak darah keluar dari mulut and hidung dia
serious, memang banyak
aku peluk and bawak ke taxi stand
masa tu, mata ni dah start berhujan
sampai cakap dengan abg taxi, 
abg taxi tu tak paham ape yang aku cakap
yela, cuba bayangkan, aku cakap macam ni

"bang, kuncjsv ni kenaaa hukhuk langggarsraf, nak bawlkkfjj gi veeeeeeet!" pastu nangis lagi kuat
dorang lagi segan tengok aku
nasib baik ada sister ni, temankan, aku tak kenal pon.
sebab aku dah cakap bahasa alien kot
die pon macam kesian je.. dengan respond pakcik taxi yg agak lambat loading tu

akhirnya berjaya gak le aku naik and menuju ke vet yang aku pun tak pernah tau kewujudan dia
masuk dalam vet, seperti biasa, sambil nangis sambil cakap
nasib la ada kucing kat tgn.... pahamla kot, 
kalau tak paham, konpem, aku salah tempat
yang buat aku annoyed, dahla treatment, inject je.. die punye mahal.. tuhan je yang tau
aku yang baru lepas berjimba kat TS, of kosla belum cucuk duit lagi
dengan vet yang tak terima utang.. aku wat muka sedih kat pakcik taxi.. for sure la die kena tunggu aku.. kalau tak.. sapa yang nak bayar... 

aku pendekkan cerita
dah balik lepas treatment, aku siap beli makanan stok seminggu dengan ubat semua
naik taxi balik uia
pastu kakak aku call
for sure
sambil cerita, sambil nangis.. semua dalam taxi tu sekali dengan akak aku
ketawakan aku.. dahla tengah sedih...

lepas hampir 3minggu, dia dah start sihat
kucing tu, nama die Romeo, nickname: Romi
memula nak namakan juliet, sebab mata die juling, tapi bile tengok jantina dia jantan, ganti ke romeo.. 
lekat sampai sudah..
dah sihat sangat.. habis satu bilik die jelajah
tapi aku dah open for adoption
duduk hostelkan
lagipun nak angkut ke johor, cam jauh sangat
nak bawak naik apa, dia kecik lagi. baru 3bulan
lagipun tu je yang aku mampu tolong
jaga sampai sihat
tak banyak, sikit pun jadilah...

gambar sebelum


penuh darah, tapi dah lap dengan tisu

gambar selepas

pantang nampak aku duduk.. terus menyelitkan diri

ajak main dengan kertas



p/s: sesayang mana pun , sesuka mana pun 
kalau tak tolong
tak kemana rasa sayang tu
bantulah selagi boleh


sekarang romi ni dah ada adopter baru
tinggallah aku dengan makanan kucing kat sini... kena pasang lagu Christina Perri ni.. sambil baca

ok sedih balik dah.. tahan hingus
okbai

miss u romi.

No comments:

Jelajah Jogja #2

HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatl...