masa jumaat lepas, waktu tutorial jurisprudence
brother yang jadi tutor tu panggil nama kuat-kuat
sebab ada satu miss class
semua orang tengok.
segan, rasa macam nak tukar group je
tak sanggup nak tengok muka dia...
memanglah tak logik bile fikir balik
tapi bila rasa segan dah jadi marah
semua benda serba tak kena
dengan demam, batuk, selesema
masa dalam kelas tu, macam dah taknak belajar dah
gara-gara fed up dengan brother tu
nak dijadikan cerita
tadi pagi, lepas habis basuh baju carilah ampaian
dah habis sidai, konon-kononya nak angkutla semua baju yang dah kering tu sekaligus
dah ditakdirkan
jatuh tergelincir yang memang, kalau sekali tengok tu
dah macam nangka busuk
alhamdullillah la takde yang retak tulang ni
masuk bilik dah terhencot-hencot
siap semua, jumpa dengan bff kat cafe
angkut pulak baju kurung yang nak laundry
sayang kalau basuh guna tangan
dahlad depan mesin tu penuh dengan
dengan rasa gembira bila mesin pilihan tu dah nak habis spin
letak beg kat situ
naik pergi makan lunch
dah buat kira-kira, masa sekian ni gerenti dah habis
pergi turun dengan matlamat yang satu, kasi cuci baju
sekali tengok nampak sorang sister ni
tup-tup buka mesin pilihan hati, dia keluarkan semua baju and masukkan baju dia
datang belakang dia, sambil pegang-pegang beg kain tadi
mengeluh kuat-kuat kasi dia perasan
tapi, hampeh.
tiada kata maaf pun keluar dari mulut budak tu
masa tu dah rasa nak menyumpah
istighfar
pastu lepas teman bff pergi hantar robe
ajakla jenjalan pergi jj,wangsa maju
pergi kedai alat senam
sekali orang yang jaga tu macam siol
just tanya ada beza ke dumbell untuk lelaki dengan perempuan
kalau tau, takdela camdoh je tanya
hanya orang fikir diri pandai je yang taknak tanya
sekali dapat jawapan macam siol juga
penuh dengan sarkastik
aku memang tak lepas peluangla kan
fikir aku tak mampu nak beli
aku pun cakap dengan kuatnya
baik beli kat tesco lagi bagus
sama je kualiti, dahla lagi murah, sambil blah
masa balik naik bas, sekali aircond dia bocor.
semua seat basah either yang obvious ataupun tidak
tengah dok duduk baru perasan,dahla pakai seluar krim
tapi takpe, tak kena pun
sangat penuh bas
bila sampai bustop, turun bas, jalan naik ke bilik
bila sampai nak solat tu
baru perasan, seluar koyak kat tuuuut.
ya Allah
jauh kot jalan. macam-macam tempat pergi
mesti ramai yang nampak warna apa.
pastu lepas solat tu terpikir balik
ada apa-apa yang aku buat before ni ke yang Allah nak tunjuk sesuatu kat aku
sekali baru aku teringat pasal tragedi hari jumaat dalam tuto juris tu
sekarang ni bila aku compare rasa malu dengan budak yang 10 orang dalam kelas dengan beratus-ratus orang yang aku jumpe sepanjang dari gombak ke wangsa maju , pergi balik
apalah sangatkan rasa malu nak belajar tu
lepas ni dah taknak rasa malu tak kena tempat
masa belajar tu, masa dimana rasa malu tu kena tinggalkan kat depan pintu kelas
dah habis boleh ambil balik....
chowsinchi
p/s: aku dah beli gitar morrison 2000/40 yayyy
No comments:
Post a Comment