Monday, April 8, 2013

Favourite Website to Spend Your Money Away~ Juling Mata dek non



Post lepas pun aku ada cakap yang aku senang terikut kan?.. disebabkan tu, aku jenis suka try any single that caught my attention. Like shopping secara online.. poyo

tau-tau jela, aku ni takde masa nak keluar jenjalan secara rawak, asik terperap je dalam bilik, tempat faberet aku yang paling lama aku port mestilah jamban. tak sempat wei.. serius. rasa nak makan pun cam takde masa, ahaha, tu alasan.i never say never to food,ok!

so dengan kemalasan tahap ikan paus buat kuak lentang, aku dengan ini mempersembahkan website-website yang korang kena terjah,



bosanla Zalora tu dah biasa sngt berdasarkan faktor-faktor berikut (kekeke)

  • harga
  • kualiti
  • servis layanan
  • kepantasan dapat barang
  • promotion

Ni semua gara-gara tangan aku yang gatal2 cek semua website..

website untuk pakaian+aksesori+kasut+etc(byk sgt,malas nak taip)




best giler, aku suka beli baju yang besar-besar, t-shirt cute, cardigan, seluar. everythingla. kat sini tempat yang biasa aku habiskan masa and duit aku. siapa suruh dorang best sangat. tak habis scroll woo, aku click lebih dari 100 favs... aku kasi dia ni 4.5 bintang, sebabnya, tunggu dia seminggu lebih. seminggu untuk readykan stok, sebab dorang amik dari oversea, so menunggu umpama pungguk rindukan bulanla nampaknye. balance 2-3 hari tu, poslaju lorh... tapi overall, aku suka, sebab biasa aku beli lebih dari 5-6 baju, jadi aku dapat free postage. lagipun apa yang aku nampak, tu yang aku dapat. that's important.. harga dia pun best woo. tak mahal. dalam rm100 tu boleh dapat 2-3 baju. cuba try cari kat tempat lain, ade ke tak, ade ke tak? 






  

ni adalah laman web pertama aku beli online. 1st timer la kirenya waktu tu. waktu-waktu belajar transfer ke orang lain, biasa atm tu tempat keluarkan duit sendiri untuk enjoy, ni kena masukkan and bagi kat orang lain, mana pernah beb. tipu!.. kekeke. kat sini harga pun not bad gak. tapi kalau compare dengan site lain, sini lagi murah kowt, ikut kemampuan gakla, pergila survey mana-mana dulu. sebab korang konpem jumpa baju yang sama dengan harga yang giler beza sampai nak terjojol bijik mata. dorang pun amik masa gak hantar. dalam 3-4 hari, depends pada availability tempahan korang tu.. tapi normally barang-barang yang aku beli semua sentiasa ade. keke.



yang ni laman web untuk barang-barang kecantikan. tengok empunya page pun korang konpemla tertarik gak nak tengok barang-barang dia.







gambar pic tu, memang empunya badan la ye.. kat sinila, semua benda nak beli. produk tonymoly tu, JYJ beb dari lip tint ke lip scrub sampai ke body scrub.. aku tak boleh nampak benda-benda cenggini. poket aku memanggil-manggil, die kata dia nak berkhidmat demi masyarakat. sebab aku baik, aku pun on jela.. pastu ujung bulan, makan maggi.kekeke. owner dia baik and mesra pelanggan, ini kemestian yang kena ada pade semua bizman/woman, kalau tak, aku banned tujuh keturunan. hhahah
kedai ni ada kat sungei wang. so, dahla comel kedai ni. kalau malas leh beli online. tarak hal lol.



post script: haha. aku tak tanggung kalau korang mengalami temporary-without-money phase. kena letak disclaimer awal-awal kot.. haha.nanti kalau rajin, aku post pulak kedai tudung yang supremo pulak. internet tarak bagusla ini malam.

No comments:

Jelajah Jogja #2

HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatl...