waaaa. bestnya... baru tempah kelmarin, hari ni dah dapat. Thankslah kepada Kak Vivi ( Vivi's Shop, walaupun dah malam and nak siap-siap gerak ke vietnam, aku punya order still didahulukan. Lub u la akak. i loike benda-benda gerak geri pantas ni. so, korang harusla melakukan seni menekan mouse pada link tersebut..
dahlah dapat cepat, tambah free gift lagi tu..
aku beli Lip Tint, Lip Scrub, Collagen Eye Mask, Body & Face Scrub and Lip Glam Gloss. banyak produk untuk bibir aje. for sure lah. aku ada habit kalau bercakap dengan orang, aku suka tengok mata and bibir. bagi aku, bibir sangat penting.
sila abaikan buku-buku and kotak plastik katak tu ye. yang bentuk bibir tu lip scrub.. yang besar gak tu body and face scrub, yang plastik gold tu, untuk mata, yang belakang nun, akunyer free gift. Face mask from Etude House.
wahlaa.. pastu aku ada beli 2jenis MIni Lip Tint. satu dari TonyMoly and satu lagi dari ObuseTint.
yang 2 kiri tu ObuseTint ( Merah and Oren) yang kanan tu TonyMoly (Cherry pink) |
saiz and jenis tint tu berbeza kot.. yang dari Obuse tu lagi pekat and banyak berbanding TonyMoly Tint yang cair, tapi TonyMoly Tint nyer lagi tahan lama. bagi aku, semua best. well. takkan aku nak kata takbest plakkan, sebab ni aku dah cari lama. FYI, ObuseTint tu aku beli kat tempat aku sendiri, sapa nak bolehlah mintak aku belikan. aku kan baik yaw~.
cara-cara nak pakai Lip tint ni pun kena ade gaya, kalau tak, dah macam kau gigit cat ler plak..
liptint boleh pakai kat bibir and kat pipi gak.. kalau terasa nak meng'eksperimen'kan diri gaya2 Lady Gaga, letaklah kat hidung, mahupun dahi, mana tau jadi ikutan *coughDidieAliascough*
kalau korang biasa tengok cerita korea. mesti korang perasan yang warna bibir dorang tak macam pakai gincu or lipgloss aje. nampak ala2 suhweet le gitu. korang pepandai google. takde kojo eh nak caghi..
aku promote lagi, beli kat page kak Vivi tu lagi murah dari tempat lain. sebab aku cari lebih dari 5pages, konon nak compare, tapi semua buat aku rasa cam harga tak patut.. atas rm20 utk benda kecik tuit gitu, gila ah.. ObuseTint tu takyah cakaplah, aku beli harga student. murah gila.. keke.. btw... malam ni nak try mask dengan lip scrub pulak..
post script: lepas ni kalaulah nak dijadikan cerita, and aku pun dah abis semua peksa, aku buat giveaway produk TonoMoly ni.. ntah sapa je yang nak join daa...
No comments:
Post a Comment