Saturday, March 14, 2015

Kehidupan Penanam Anggur yang Tegar

aku just bosan
Kalau tak kerana aku nak berjalan merata tempat
Memang takdenye aku nak duduk rumah
Tak buat pape.

Minggu lepas
Pergi pureen warehouse sale
Bapak ramai
Masa pergi tu still okeyla
Tapi bila berdiri depan longgokan baju
Baru aku sedar
Rupanya mak-mak buyung ni
Ala-ala the walkers juga
Macam nampak makanan je baju-baju.
Berebut toksah cakap
Aku yang teman akak aku ni pun kena lanyak juga
Sampai demam wei
Time nak bayar
Tak payah ceritala betapa lama
Dari pukul 12 aku queue, pukul 3 baru dapat 
Dengan panas, bahang, lapar
Nasib aku bawak powerbank dan air mineral
Time tu aku redha
Demi akak aku yang dah 6-7bulan
Aku angkut
2beg ikea-pureen yang besar dan berat
Bahu aku siap terkehel
Hahaha
Layang aje.
Siap duduk tepi dinding sambil lipat baju
Syahdu gile ah.


Tak sanggup nak ambil pics bebanyak
Sebab tangan menggeletar pegang beg
 Pics atas ni baru tangkapan yang sikit

Okey. Habis dah




Friday, March 6, 2015

AKU SUDAH BEBAS...FREEDOM



Gaya macam bebas penjara kan...
Pergh, dramatik tu dah macam salah satu trait aku
"Rieyah si Drama Queen"

Betapa aku mengimpikan kehidupan tanpa onak duri, not!!!!
hahaha, engkau hengat dhoooonia ini sesenang itu kah labu
kau hengat hidup ini macam game dalam "Ke Korea Ke Kite" ke?
game Kasi Pusing Itu Papan

I dont need easy, i need possible

Minggu lepas minggu terakhir aku mengharungi kehidupan sebagai seorang Pelatih Dalam Kamar
daripada bulan April sampai la ni
Kenapa extra sebulan, sebab nak cuci pinggan guna joy dari Johor ke Singapura
Kena ambil Cuti tanpa gaji
takdelah, ada masalah teknikal sikit

Biasalah dunia penuh politik

Disebabkan u dah jadi penanam anggur yang tegar
Makanya perlulah aku bekerja
Tapi disebabkan aku masih amateur dalam membina ladang anggur.
Untuk melebarkan sayap
Aku kenalah melancong
So, end of this month.
Say hellooooo~ Korea
Later on, once dah balik
Again, Hello~ LangkawI

Nampak tak betapa aku menggunakan masa sebaik-baiknya
Kekkeke
Dah tu aje
Jjalge....

Monday, June 9, 2014

Chambering #1

Woot woot.... aku dah masuk 3bulan. Tinggal 6bulan lagi. Perasaan? Relax la der, hidup tak cukup kick lagi nak cakap awal-awal. Tapi yang pastinya, aku ni, aku *tunjuk kat mata yang pakai contact takde colour ni* rasa macam tak sangka, sebab ape tau, benda yang aku paling tak nak buat masa chambering adalah turun naik court. Ko gila, dahla masa belajar, dok tengok hitam putih memanjang, ni kan lagi masa kerja, memang taklah.

Masa Master aku ajak pergi court, kitorang pergi berdua, kes hutang la ape lagi, aku dengan duit ni dah macam adik and kakak tau, takleh pisah. Mase tu kitorang ke court shah alam. Bayangkan,aku yang tak pernah jejakkan kaki kat situ, tetibe mastrt suruh stand down kes, alorh bahase biasa, on hold dulu le, sbb jalan jammed. Aku mencicau cari kat mane nak pergi ke bangunan annexed tu.

Korang kena paham, aku ni, jalan umah mak aku je yang aku leh jalan sambil pejam mata, yang lain, hancussss, konpem sesat. Disebabkan mak pon dah terapkan nilai-nilai murni *pergh ayat* jika malu sesat jalan, aku pun bertanyala, tapi dengg *mencarooot* aku patut tanye pada peguam2 yang muda... haha, takdela, masa tu takde pun terfikir nak cuci mata ke apa?!, yang aku tau, aku kena stand down case cepat. kalau tak, haru biru.

Dah bertanye pada sorang sister ni, *thanks akk yang tak diketahui namanya, jasamu ku kenang*. Masa aku naik court, lagi sekali aku ditampar dengan kesilapan, aku silap masuk court oooooi.. nasibla akak pendaftar tu jenis yang baik, kali ni aku masuk dengan court yang betul.

Masuk2 dah start kelam kabut, mane taknye, penuh dengan peguam. Hahaha. Aku pulak cuak. Dah stand down. Aku pun dok luar, takde space kot. Mase tunggu tu, aku baru perasan, AKU TAK BAWAK BLAZER!!!!!! Ko giler pergi court tak bawak or pakai blazer macam ko pakai tudung tapi ko pakai skirt nampak betis bunting beras *ooops. Mintak terasa*

So aku tak dapatla menjenguk situasi dalam kamar hakim *jangan pikir kamar tu bilik beradu ok, opis utk hakim aje mksudnya*

Lepas master aku nampak macam aku dah boleh dikerah untuk ke court sendiri. Dah tiba masanye aku mengambil alih tugas kes-kes untuk mintak date and withdraw. Aku, for surela suke. Letih tau terperuk dalam office aje.

Bab-bab mention kat Court Shah Alam, aku orait lagi. Part nak kena buat benda yang sama tapi kat court KL, aku dah telan air liur.peluh mencurah-curah,kepala terasa sakit. Ok drama queen. Masa first time aku pergi sensorang, sebelum ni aku pergi untuk filing borang aje. Aku dahla datang lambat, tren problem.
Aku masuk mah.majistret, sekali ade hakim woo. Deng supposedly aku kena mintak dengan pendaftar je

Memandangkan aku last, kena la depan hakim, terkelu lidah woo. Abis, tak ingat pape, skrip pon takde. Gulp. Tapi aku still berjaya, walaupun trdapat words jumbling between english and malay. Nasib baik hakim tu baik.

Yang pastinye aku kembali ke opis dengan perasaan.... Hepppppi.

So, my next mission adalh handle jes lelong. Kite kasi jual tanah, rumah, opis... muahahhahahah. okeh. Dah ni aje, sekarang ni pon aku tengah tunggu van balik opis, depan court KL ni penuh dengan kamera bagai, ade kes best ke ek? Asal aku xtau. Tchhh.


Thursday, May 29, 2014

chambering... ololo

Aku da start chambering. Dah start bertungkus lumus, bermandi peluh,berhabis duit in which aku tak claim2 lagi bila aku pergi court jalan duta mahupun shah alam. Aku bersyukur masih mampu lagi belajar.

Takdela baru sangat start, dah nak masuk 2bulan. Perintah Locus pun aku dah dapat,tinggal hantar aje ke Bar Council... lagi 7bulan, dapatla aku fulfill half of my wish in my bucket lists. yeye..

Aku punya sense of humour pun dah start bertukar jadi sarcastic. Dah tak lawak cam dedolu. Sedih.. *teary eyes*...ni pun baru balik dari court shah alam. dok stuck kat ktm. Masuk office balik. * haish*

Nak travelling. Tapi ongkos tak cukup lagi, tempat tujuan pun tak jumpe lagi. Acaner ni. Tp serius, aku nk g turki.. xpun new zealand, paling koman, uk la, leh cari istana2 lama. Pastu main guling-guling.. pergh. Tak sabar. Makin berkobar aku wooo

 Dah tu aje.. untuk cukupkan syarat update. Mood tak maih lagi noh...




Monday, April 29, 2013

At Last



punya lama aku try pairing kan tab aku dengan keyboard die ni... atlast, tepat pkul 9.30pm tadi, penantian selama lebih 5bulan, berjaya jugak aku pairing. lepas update and upgrade and segala mak nenek yang lain. aku berjaya jugak...

tak adalah benda alah ni tersembunyi disebalik kotak2 plastik yang aku simpan rapi dalam laci.. muhahahahahaha..

muhahahahahahaahhha. uhuk uhuk.. bolehla aku update blog aku kat mana2, tanpa dok taip kat skrin die yang tak berapa nk friendly user bagi jari-jari aku yang memang pattern suka calarkan mana-mana gadget yang touch screen ni.. muhahaha

ape lagi aku nak cakap ek... eheemmmmm¬. tak ada benda yang menarik selain daripada kerja melambak yang mintak aku campak ke dalam jurang mariana ni..

p/s: terasa macam nak buat giveaway ler, tapi tak ade la pulak..... haihhhhhhh¬... start kerja .. can cin caio..........................................................................

Tuesday, April 9, 2013

Order...Order TumTum




waaaa. bestnya... baru tempah kelmarin, hari ni dah dapat. Thankslah kepada Kak Vivi ( Vivi's Shop, walaupun dah malam and nak siap-siap gerak ke vietnam, aku punya order still didahulukan. Lub u la akak. i loike benda-benda gerak geri pantas ni. so, korang harusla melakukan seni menekan mouse pada link tersebut..

dahlah dapat cepat, tambah free gift lagi tu..

aku beli Lip Tint, Lip Scrub, Collagen Eye Mask, Body & Face Scrub and Lip Glam Gloss. banyak produk untuk bibir aje. for sure lah. aku ada habit kalau bercakap dengan orang, aku suka tengok mata and bibir. bagi aku, bibir sangat penting. 


sila abaikan buku-buku and kotak plastik katak tu ye. yang bentuk bibir tu lip scrub.. yang besar gak tu body and face scrub, yang plastik gold tu, untuk mata, yang belakang nun, akunyer free gift. Face mask from Etude House. 

wahlaa.. pastu aku ada beli 2jenis MIni Lip Tint. satu dari TonyMoly and satu lagi dari ObuseTint.

yang 2 kiri tu ObuseTint ( Merah and Oren) yang kanan tu TonyMoly (Cherry  pink)

saiz and jenis tint tu berbeza kot.. yang dari Obuse tu lagi pekat and banyak berbanding TonyMoly Tint yang cair, tapi TonyMoly Tint nyer lagi tahan lama. bagi aku, semua best. well. takkan aku nak kata takbest plakkan, sebab ni aku dah cari lama. FYI, ObuseTint tu aku beli kat tempat aku sendiri, sapa nak bolehlah mintak aku belikan. aku kan baik yaw~.

cara-cara nak pakai Lip tint ni pun kena ade gaya, kalau tak, dah macam kau gigit cat ler plak..


liptint boleh pakai kat bibir and kat pipi gak.. kalau terasa nak meng'eksperimen'kan diri gaya2 Lady Gaga, letaklah kat hidung, mahupun dahi, mana tau jadi ikutan *coughDidieAliascough*

kalau korang biasa tengok cerita korea. mesti korang perasan yang warna bibir dorang tak macam pakai gincu or lipgloss aje. nampak ala2 suhweet le gitu. korang pepandai google. takde kojo eh nak caghi..

aku promote lagi, beli kat page kak Vivi tu lagi murah dari tempat lain. sebab aku cari lebih dari 5pages, konon nak compare, tapi semua buat aku rasa cam harga tak patut.. atas rm20 utk benda kecik tuit gitu, gila ah.. ObuseTint tu takyah cakaplah, aku beli harga student. murah gila.. keke.. btw... malam ni nak try mask dengan lip scrub pulak.. 


post script: lepas ni kalaulah nak dijadikan cerita, and aku pun dah abis semua peksa, aku buat giveaway produk TonoMoly ni.. ntah sapa je yang nak join daa...

Monday, April 8, 2013

Favourite Website to Spend Your Money Away~ Juling Mata dek non



Post lepas pun aku ada cakap yang aku senang terikut kan?.. disebabkan tu, aku jenis suka try any single that caught my attention. Like shopping secara online.. poyo

tau-tau jela, aku ni takde masa nak keluar jenjalan secara rawak, asik terperap je dalam bilik, tempat faberet aku yang paling lama aku port mestilah jamban. tak sempat wei.. serius. rasa nak makan pun cam takde masa, ahaha, tu alasan.i never say never to food,ok!

so dengan kemalasan tahap ikan paus buat kuak lentang, aku dengan ini mempersembahkan website-website yang korang kena terjah,



bosanla Zalora tu dah biasa sngt berdasarkan faktor-faktor berikut (kekeke)

  • harga
  • kualiti
  • servis layanan
  • kepantasan dapat barang
  • promotion

Ni semua gara-gara tangan aku yang gatal2 cek semua website..

website untuk pakaian+aksesori+kasut+etc(byk sgt,malas nak taip)




best giler, aku suka beli baju yang besar-besar, t-shirt cute, cardigan, seluar. everythingla. kat sini tempat yang biasa aku habiskan masa and duit aku. siapa suruh dorang best sangat. tak habis scroll woo, aku click lebih dari 100 favs... aku kasi dia ni 4.5 bintang, sebabnya, tunggu dia seminggu lebih. seminggu untuk readykan stok, sebab dorang amik dari oversea, so menunggu umpama pungguk rindukan bulanla nampaknye. balance 2-3 hari tu, poslaju lorh... tapi overall, aku suka, sebab biasa aku beli lebih dari 5-6 baju, jadi aku dapat free postage. lagipun apa yang aku nampak, tu yang aku dapat. that's important.. harga dia pun best woo. tak mahal. dalam rm100 tu boleh dapat 2-3 baju. cuba try cari kat tempat lain, ade ke tak, ade ke tak? 






  

ni adalah laman web pertama aku beli online. 1st timer la kirenya waktu tu. waktu-waktu belajar transfer ke orang lain, biasa atm tu tempat keluarkan duit sendiri untuk enjoy, ni kena masukkan and bagi kat orang lain, mana pernah beb. tipu!.. kekeke. kat sini harga pun not bad gak. tapi kalau compare dengan site lain, sini lagi murah kowt, ikut kemampuan gakla, pergila survey mana-mana dulu. sebab korang konpem jumpa baju yang sama dengan harga yang giler beza sampai nak terjojol bijik mata. dorang pun amik masa gak hantar. dalam 3-4 hari, depends pada availability tempahan korang tu.. tapi normally barang-barang yang aku beli semua sentiasa ade. keke.



yang ni laman web untuk barang-barang kecantikan. tengok empunya page pun korang konpemla tertarik gak nak tengok barang-barang dia.







gambar pic tu, memang empunya badan la ye.. kat sinila, semua benda nak beli. produk tonymoly tu, JYJ beb dari lip tint ke lip scrub sampai ke body scrub.. aku tak boleh nampak benda-benda cenggini. poket aku memanggil-manggil, die kata dia nak berkhidmat demi masyarakat. sebab aku baik, aku pun on jela.. pastu ujung bulan, makan maggi.kekeke. owner dia baik and mesra pelanggan, ini kemestian yang kena ada pade semua bizman/woman, kalau tak, aku banned tujuh keturunan. hhahah
kedai ni ada kat sungei wang. so, dahla comel kedai ni. kalau malas leh beli online. tarak hal lol.



post script: haha. aku tak tanggung kalau korang mengalami temporary-without-money phase. kena letak disclaimer awal-awal kot.. haha.nanti kalau rajin, aku post pulak kedai tudung yang supremo pulak. internet tarak bagusla ini malam.

Jelajah Jogja #2

HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatl...