Followers

Tuesday, November 27, 2012

Kerja men"Draft"ing


kehidupan bila dah start drafting untuk Civil Procedure
rasa macam nak gila
kenapa? mana tak gila, bila rasa cam dah guna proper procedure
tetiba kena bantai buat affidavit pembetulan, yang sampai sekarang
tak filing lagi
matilah aku karang
mama!!!!!! duh
kalau Civil Procedure tak cukup gila
tambah lagi dengan Criminal Procedure Code
dengan Investigation Paper tak start
dengan legal issues berterabur
dengan court yang tak terjengah
ape lagi tak cukup
belum kira dengan Evidence lagi
cukup sem, aku botak dah
takpe, aku dah nak grad.. 
aku tak kisah
ini bukan aku.. ekekeke


muahahahahahha
kbai, tamat sesi luahan perasaan 

Sunday, October 14, 2012

Malu Biar Bertempat



masa jumaat lepas, waktu tutorial jurisprudence
brother yang jadi tutor tu panggil nama kuat-kuat
sebab ada satu miss class
semua orang tengok.
segan, rasa macam nak tukar group je
tak sanggup nak tengok muka dia...
memanglah tak logik bile fikir balik
tapi bila rasa segan dah jadi marah
semua benda serba tak kena
dengan demam, batuk, selesema
masa dalam kelas tu, macam dah taknak belajar dah
gara-gara fed up dengan brother tu

nak dijadikan cerita
tadi pagi, lepas habis basuh baju carilah ampaian
dah habis sidai, konon-kononya nak angkutla semua baju yang dah kering tu sekaligus
dah ditakdirkan
jatuh tergelincir yang memang, kalau sekali tengok tu
dah macam nangka busuk
alhamdullillah la takde yang retak tulang ni

masuk bilik dah terhencot-hencot
siap semua, jumpa dengan bff kat cafe
angkut pulak baju kurung yang nak laundry
sayang kalau basuh guna tangan
dahlad depan mesin tu penuh dengan
dengan rasa gembira bila mesin pilihan tu dah nak habis spin
letak beg kat situ
naik pergi makan lunch
dah buat kira-kira, masa sekian ni gerenti dah habis
pergi turun dengan matlamat yang satu, kasi cuci baju
sekali tengok nampak sorang sister ni
tup-tup buka mesin pilihan hati, dia keluarkan semua baju and masukkan baju dia
datang belakang dia, sambil pegang-pegang beg kain tadi
mengeluh kuat-kuat kasi dia perasan
tapi, hampeh.
tiada kata maaf pun keluar dari mulut budak tu
masa tu dah rasa nak menyumpah
istighfar

pastu lepas teman bff pergi hantar robe 
ajakla jenjalan pergi jj,wangsa maju
pergi kedai alat senam
sekali orang yang jaga tu macam siol
just tanya ada beza ke dumbell untuk lelaki dengan perempuan
kalau tau, takdela camdoh je tanya
hanya orang fikir diri pandai je yang taknak tanya
sekali dapat jawapan macam siol juga
penuh dengan sarkastik
aku memang tak lepas peluangla kan
fikir aku tak mampu nak beli
aku pun cakap dengan kuatnya
baik beli kat tesco lagi bagus
sama je kualiti, dahla lagi murah, sambil blah

masa balik naik bas, sekali aircond dia bocor.
semua seat basah either yang obvious ataupun tidak
tengah dok duduk baru perasan,dahla pakai seluar krim
tapi takpe, tak kena pun
sangat penuh bas
bila sampai bustop, turun bas, jalan naik ke bilik
bila sampai nak solat tu
baru perasan, seluar koyak kat tuuuut.
ya Allah
jauh kot jalan. macam-macam tempat pergi
mesti ramai yang nampak warna apa.
pastu lepas solat tu terpikir balik
ada apa-apa yang aku buat before ni ke yang Allah nak tunjuk sesuatu kat aku
sekali baru aku teringat pasal tragedi hari jumaat dalam tuto juris tu
sekarang ni bila aku compare rasa malu dengan budak yang 10 orang dalam kelas dengan beratus-ratus orang yang aku jumpe sepanjang dari gombak ke wangsa maju , pergi balik
apalah sangatkan rasa malu nak belajar tu
lepas ni dah taknak rasa malu tak kena tempat
masa belajar tu, masa dimana rasa malu tu kena tinggalkan kat depan pintu kelas
dah habis boleh ambil balik....



chowsinchi

p/s: aku dah beli gitar morrison 2000/40 yayyy

Saturday, August 4, 2012

Kisah Kucing Jalanan~ Romi


ini kisah benar...
sampai aku rasa macam nak lekuk kepala sendiri
ada campuran, sedih,malu, gembira and sebagai pengalaman hidup pelajar
malulah kot...takdela memalukan sampai nak pakai plastik sampah warna hitam kat kepala kan


cerita ni berlaku awal bulan julai tahun ni
masa tu baru balik dari hantar natto ke BTS
lepak-lepak sambil makan macam orang kebulur and tengok wayang

otw balik, lalu le depan bas safiyah
nampak ada kucing dok terhencut-hencut jalan
kat tengah jalan yang kereta memang konpem laju

aku memang tak pikir panjang
jalan dah laju kalah lipas kudung
adalah sorang brother tu tolong angkat ke tepi
aku memang dah tak sedap hati
aku gi dekat dengan anak kucing tu
masa tu dah start tarik hingus dah *sedih*
aku memang pantang nampak kucing sakit
kucing kat umah, aku nampak luka sikit pun, dah ujan
ye, aku  ngaku, aku memang hati kaca.. 

masa angkat die, aku nampak darah keluar dari mulut and hidung dia
serious, memang banyak
aku peluk and bawak ke taxi stand
masa tu, mata ni dah start berhujan
sampai cakap dengan abg taxi, 
abg taxi tu tak paham ape yang aku cakap
yela, cuba bayangkan, aku cakap macam ni

"bang, kuncjsv ni kenaaa hukhuk langggarsraf, nak bawlkkfjj gi veeeeeeet!" pastu nangis lagi kuat
dorang lagi segan tengok aku
nasib baik ada sister ni, temankan, aku tak kenal pon.
sebab aku dah cakap bahasa alien kot
die pon macam kesian je.. dengan respond pakcik taxi yg agak lambat loading tu

akhirnya berjaya gak le aku naik and menuju ke vet yang aku pun tak pernah tau kewujudan dia
masuk dalam vet, seperti biasa, sambil nangis sambil cakap
nasib la ada kucing kat tgn.... pahamla kot, 
kalau tak paham, konpem, aku salah tempat
yang buat aku annoyed, dahla treatment, inject je.. die punye mahal.. tuhan je yang tau
aku yang baru lepas berjimba kat TS, of kosla belum cucuk duit lagi
dengan vet yang tak terima utang.. aku wat muka sedih kat pakcik taxi.. for sure la die kena tunggu aku.. kalau tak.. sapa yang nak bayar... 

aku pendekkan cerita
dah balik lepas treatment, aku siap beli makanan stok seminggu dengan ubat semua
naik taxi balik uia
pastu kakak aku call
for sure
sambil cerita, sambil nangis.. semua dalam taxi tu sekali dengan akak aku
ketawakan aku.. dahla tengah sedih...

lepas hampir 3minggu, dia dah start sihat
kucing tu, nama die Romeo, nickname: Romi
memula nak namakan juliet, sebab mata die juling, tapi bile tengok jantina dia jantan, ganti ke romeo.. 
lekat sampai sudah..
dah sihat sangat.. habis satu bilik die jelajah
tapi aku dah open for adoption
duduk hostelkan
lagipun nak angkut ke johor, cam jauh sangat
nak bawak naik apa, dia kecik lagi. baru 3bulan
lagipun tu je yang aku mampu tolong
jaga sampai sihat
tak banyak, sikit pun jadilah...

gambar sebelum


penuh darah, tapi dah lap dengan tisu

gambar selepas

pantang nampak aku duduk.. terus menyelitkan diri

ajak main dengan kertas



p/s: sesayang mana pun , sesuka mana pun 
kalau tak tolong
tak kemana rasa sayang tu
bantulah selagi boleh


sekarang romi ni dah ada adopter baru
tinggallah aku dengan makanan kucing kat sini... kena pasang lagu Christina Perri ni.. sambil baca

ok sedih balik dah.. tahan hingus
okbai

miss u romi.

Thursday, May 31, 2012

Selamat Hari Jadi kepada Diri Sendiri





gambar kek sambut masa sweet17 .cheh. before berangkat ke matriks
(takde gambar kek sebelum makan, hasil makan kek adalah) eww
walaupun nampak cam biasa tapi kesedapan die sampai menjilat meja .tipu.
since semalam besday aku
aku pun nak wish kan diri aku sempena bertukar umur yang ke 24
walamak.kantol dah.

semoga aku cemerlang peksa final ni.. dah nak grade, pastu sambung chambering 
pastu buat duit banyak-banyak.
dah banyak duit, nak lepak je kat rumah.
jumpa jodoh aku yang ntah guna peta mana ntah, sampai sekarang tak sampai-sampai
dimudahkan urusan, macam dalam iklan, hanya dengan satu klik aje,
cheh, temberang lebih
dapat bela kucing banyak-banyak, oh plis, obsessi melampau
(sapa nak kasik adiah berbentuk kucing hidup, sila pm saya)
at last but not least jadi anak yang manut (taat lorh, jawa kan), tak lagha dunia, ingat Tuhan..


ayat bukan main panjang, dahle wish untuk sendiri.. 
ow. serius i malu.. hee~
obaba...bai

jom nyanyi

hepy busday to me, hepy busday to me, hepy busdayyyyyyyyyyyyyyyyy to me..

ihik

Thursday, April 12, 2012

ganti Lagi

aku asyik download font baru... lalu aku pun gatal tangan.lalu aku pun buat header bebudak yang macam tak berapa reti nak buat...lalu, aku pun upload lah. so, kesimpulan yang kita boleh buat dari rumusan yang aku rasa macam tak berapa nak menyerlah malam ini adalah.. aku guna header cam hampeh tapi cool ini.. buat kesekian kalinye.. sekian

kbaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Back to Basic -------------PUTIH

pening aku,warna warni sangat background dulu, bila ganti dengan warna putih,pergh rasa macam baby...hehe
duh! takde kena mengena pun. so, marilah melihat muka baru saya punye blog 
putih itu menawan. aku rasa cam tak berbaloi n ak upload. macam korang leh nampak
dah semua putih.. takpe kenangan.. nanti kalau cucu cicit nyet nyot baca.. atleast dorang nampak evolution blog aku ni

dah itu aje
petang karang aku ada 2presentation.dari pagi tak tido
sekarang mood lompat-lompat kurang gula
muhahahahahaha

kbai

Sunday, April 1, 2012

bye.. Aku Nak Lari Dari Rumah

lama gila aku tak update blog ni
rasa macam nak give up aje
mood nak blogging dah malap
dah start bercinta dengan buku nota yang aku dengan begitu tidak tahu malu, 
buat macam diari macam buku nota ni 



korang boleh tempah kat contengconteng.com

saja je, nak tolong promote.. sebab aku dah beli kan
leh man conteng-conteng dalam kelas
cukup dengan benda ni

aku just nak share rasa ketidakpuashatian aku ni
sebab aku dok baca story mory budak-budak sekolah yang rata-rata baju pun mak yang basuh
and kekurang rasa malu, ikut lari jantan yang konpem tahu buat tak tahu tanggung
macam yang aku baca kat Lulu Pages

budak, please.. kau tahu tak kau tu harapan makpak kau
siapa yang kasi kau makan kenyang, hidup senang 
kalau mamat tu sayang gila kat ko
mesti dia ade konfiden minta restu makpak kau kan
macam yang sebelum ni, yang kununnye kena culik masa beli topup padahal ikut pakwe
aku rasa cam nak tarah je otak dia
ni lah akibat tak berapa nak reti guna otak

lelaki yang kau dok sayang-sayang tu cuba kau try kasi susah
dijamin lari berterabur tak cukup tanah
cinta? tu bukan cinta tu

cinta makpak kau dulu, cinta kat Allah dulu
dijamin selamat..
rasa macam kesian je kat makpak die.. 


malas nak cakap banyak.. hingus pun asyik keluar je ni
dah seminggu demam, tak syiok langsung cuti sem kali ni..
batuk kung kang kung kang... suara pun dah jadi macam suara lelaki try suara pompuan..ok bai

Sunday, January 8, 2012

Segmen MIsteri Nombor Topup MAXIS10

gini cerita dia...
aku excited nak topup
excited tahap cipan ah
aku pun ambillah kunci bilik
aku gores
orang lain gores nampak nombor..
aku?
tak nampak pape


so malam ni aku nak watle segmen 



Tajuk Segmen: Misteri No Topup Maxis 10

Tamat Tempoh: sampai ada yang berjaya topup la
Syarat Penyertaan: Tiada 


P/S: ---------------tapi lepas berjaya topup tolong inform
nanti aku update benda alah
so tak adelah yang kata aku tipu, padahal kau yang lambat

kalau dalam masa sampai minggu depan tak ada
aku pas pada orang pertama yang sibuk kat page ni
no siri die, mana tau korang leh tipon maxis tu sendiri
cakap pasal nombor tergarit ni


so, siapa tak ade keja, bolehla sediakan pensel and kertas
buat kebarangkalian nombor