Followers

Saturday, April 6, 2013

Kenapa Aku Selalu Kena Buli


aku bukan nak katalahkan, tapi aku taip je, yang aku ni jenis orang yang senang gila terikut, tak kiralah kalau orang makan gula-gula nano nano tu sampai kecut muka, aku pun join da club, bila orang pakai gaun ala2 princess, aku pun taknak kalah. bak kata, apa yang kau ada, aku pun kena ada gak, kalau tak, kita perang. olllolololol.

so, memandangkan aku dengan akak-akak and anaksedarasebaya aku sangat kamceng, sebab keluarga kitorang sangat kurang perempuannya, yang pompuannya pun perangai cam jhanthan, semua salah abang-abang aku. asal balik kampung, kumpul adik-abang-kakak-anaksedara-iparduai, yang biasa jadi mangsa buli op kos le aku yang kiut miut ni. dorang kata anak bongsu memang punching bag dorang, banyak ah korang nyer punching bagi. aku pulak jenis taknak kalah, even badan dorang lagi besar and tinggi, semua ikut genetik bapak aku, merangkap bekas askar, besar and tinggi. 


Aku ada 5 abang and 2 kakak, abang aku lagi sorang tak dapat dikenalpasti kemana menghilang...tengahari kot. lapo ler tu

aku sebagai adik pompuan bongsu and takdelah rendah mana ni berusaha jugak balas dendam, biasanya aku guna hikmat seribu tahun kesakitan, banyak komik kot, courtesy to my bros ler pe lagi..

like thizzz (gaya ryan higa)

tapi yang paling koman aku biasa buat adalah basuh baju guna tangan dorang. alorh, kite letak dua tangan yang runcing-runcing jari ni kat lengan dorang, pastu pulas dengan dua arah yang berbeza, perghhhh. hasilnya boleh dikatakan SUPERBBBB.

for surelah dorang akan mengaku kalah sambil meleleh air mata, hingus mahupun air liur. ahaha, aku tipu. biasanya dorang balas balik. selalu kepala aku kena sekeh. sakit tau.. jenis kepit ketiak, pastu sekeh pale . macam mana nak lari, grip kuat tu. nasib ah badan. tapi biasanya kejadian sebegini berlaku apabila mereka-mereka mengalami halusinasi yang tragik disebabkan kekurangan sumber makanan yang melampau norma-norma manusia biasa.

bila dah lapar, sorang-sorang buat pe'el, penat gila ah nak melayan. mau terkeluar kepala lutut kot, esp tima raya. makan berhidang, minum bertuang (?), pinggan berhantar, lauk berwap. bak kata mak aku ler, asal balik je yang tua-tua tu semua jadi raja, aku jadi dayang. keh

tapi nasible aku ada anak-anak sedara yang dah besar panjang, dah leh kawin dah pasni. tolong-tolong kat rumah. aku time ginilah nak praktikkan jurus-jurus memasak aku, so, leh cucuk dorang suruh cari calon. hahahaa haishhh.

oleh sebab setiap kali dorang balik, dompet aku mesti penuh and tebal. i loike 120%. suka ahh, mana ada orang yang duduk-duduk sambil buat kuak lentang, dapat duit jatuh masuk dompet. takdekan...takdekan, ke ade, pastu dapat banyak? ahh, persetankan semua itu, 

tapi tu yang da best moments  ever. but everyone getting older and more mature,not! but afterall, im their baby sister. nak apa-apa tu semua dapat, tapi lepas kena buli, torture, interview and segala bagai yang tak terpikir dek orang normal.

tapi i really lub all my famzzz.  one kind in this whole universe? ayat nak dramatik. hahah. rindu nak lepak-lepak, gedik-gedik mintak belanja baju kurung/kasut/beg, pow duit, buat muka sedih so dorang leh jadi drebar hantar gi bandar (takde lesenlah katekan), kadang-kadang jadi tempat mengadu bila kena buli, so dorang leh jadi bouncer buli balik, or jadi tempat ngadu sedih bile assignment kena reject. or tempat dengar cerita merepek, or dengar kata-kata motivasi, and macam-macam lagilah.

keke. tu je. tetibe emosional pulak malam ni. ni semua salah midterm.. sapa suruh buat malam-malam. aku pantang betollah kalau buat test malam, alergik. sebab waktu malam ,waktu aku buat kuak rama-rama kat tilam sambil main tab. dayumm~


No comments: