Tuesday, November 1, 2011

Kehadapan Mak Cik Cafe



apa khabar, mak cik?
diharap sihat sentiasa
senang hati saya kalau makcik sihat.
harga lauk pun kurang

saya tahu makcik prihatin kat kitorang sumer
yela, belajar bersungguh-sungguh kan
mak cik mesti tak nak tengok kami sakit
sampai sanggup mak cik wat gula-gula getah
siap ada rasa daging, ayam and kadang-kadang tu rasa sotong
saya tahu, mak cik tak nak kami makan jajan je kan
tu yang kasik macam-macam perisa tu

mak cik ada dengar kat mana-mana berita ke
pasal gudang garam meletup,
ke, air laut keluar dari tanah macam minyak ke?
sebab rasanya garam-garam tu semua dah masuk dalam lauk mak cik
saya takut mak cik tak perasan
almaklumlah, sibuk kira untung hari ni
saya tak kisah, hidup saya pun tengah kurang rasa sekarang ni
saya sokonglah usaha mak cik nak menggunakan sumber sebaik mungkin
mungkin lepas ni, tebu pulak terbang datang uia
jauh merantau tebu tu

saya nak tanya mak cik
mak cik penat ke?
tak ada orang tolong ke?
tak adalah, sebab saya kesian kat mak cik
penat uruskan orang ambil menu
sampai saya tunggu dekat satu jam setengah, tak sampai-sampai pun
saya boleh je tolong
tak sanggup saya tengok mak cik kehulu kehilir
papehal contact je saya
saya kan pelajar cemerlang
setakat hilang lemak 3-4 kg,
takde halla

lagipun, minggu depan kan raya haji
saya korban kan tenaga ajela..
nak kasi duit, tak berapa nak mampu
nak bayar lauk sikit pun sampai korek poket

tapi saya rasa lah kan makcik
straw yang makcik guna ni besar sangat la
sekali sedut je dah habis
perasan tak, tapi yang peliknya ais dia tu boleh tahan sampai 3jam
mak cik jimat-jimat la pakai ais tu,
takut nanti kalau lori ais kansel datang,
dah tak ade stok nak guna,
sapa yang susah, saya juga, eh, mak cik juga

tapi papehal pun makcik
saya memang sokonglah
moto "perah poket selagi boleh tu"
sejuk mata memandang

dengan itu, saya akhirnya surat saya ini
dengan ucapan
majulah kilang garam kat malaysia ni




sekian.
(pelajar yang paling prihatin isu cafe sebab dia kaki makan)

No comments:

Jelajah Jogja #2

HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatl...