Saturday, December 3, 2011

Tips Nak Cover Diri Paling Berkesan---------> pada akulah






  • APA YANG PERLU DIBUAT BILA kau tak tau cara macam mana nak beli token kat mesin lrt yang baru dibuat tu, kau pergi kat mesin tu, ko tekan-tekan dan tekan, sambil tu, kau pergi jeling-jeling orang sebelah. kalau dia pun sama terkial-kial cam kau. kau buat-buat tanya, "camne nak guna mesin ni?" sambil buat muka over confius. sebabnya, kalau kau tekan sorang-sorang, orang tauler, ko ni tak pernah beli token, mau diorang bantai gelak. nak gi kat kaunter, dorang awal-awal dah halau dah, suruh korang beli kat mesin tu gak *takberhatiperuttol* so, dengan cara ini, kau bukan sahaja berjaya beli token tu, bahkan kau berjaya menambah kawan... kalau nasib kau untung, dapat boipren baru.. ngengenge...

  • APA YANG PERLU DIBUAT BILA kau punya selipar licin, takde hujan takde ribut, tetiba kau tersungkur. toksah risau.. kalau kau dah jatuh, lagi bagus. ade dua cara, pertama, kau buat muka marah kat orang belakang kau, eventhough dia tak salah pun. sambil berkata, "be nice, btw saya maafkan awak, jangan buat lagi tau".. kau kena cakap dengan suara yang kuat, biar orang perasan yang kau jatuh tu bukan sebab diri sendiri tapi sebab orang tolak ko, tak pun, cara kedua, yang ni tragik sikit.. dah kau jatuh, pe lagi, lap ah lantai, tak pun main jari kat lantai tu, dengan harapan orang ingat ko ni tiga suku.. tapi keburukan cara ni, mamat ensem semua lari, rugi ah.. 
  • APA YANG PERLU DIBUAT BILA kau nak masuk tren ke masjud jamek, tapi kau pergi lalu tempat lain, disebabkan kau rasa segan nak buat corner baring. kau teruskan perjalanan ke tempat yang salah. jangan risau, cara aku ni konpem berjaya, sebab aku dah buat tadi petang... muahaha. kalau dah tau salah jalan, kau cepat-cepat tengok jam, pastu toleh kiri-kanan, buat macam kau tengah tunggu orang, padahal takde pun. pastu, ko tunggu barang seminit dua gitu. pastu kerutkan kening. purak-purak pegang phone, terus pusing and menuju kearah destinasi yang betol. buat macam kau tunggu boipren ke, kawan ke, konon-konon diorang tak datang and kau nak blah balikle. gitu. so, orang pun takdela perasan sangat yang kau ni sebenarnya nak cover malu. 
  • APA YANG PERLU DIBUAT BILA kau dok speaking masa nak ambil order kat burger king, pastu cashier *orang yang jaga kaunter, panggil ape ek?* buat muka tak paham, padahal ayat yang kau guna tu sesangatla simple, pastu kau malu sendiri sebab kau ingat ayat yang kau guna tak betol. jangan risau, yang penting, muka kena konfiden. kau terus cakap kuat-kuat, " awak paham bahasa melayu kan, ok, fine, we start over again, saya nak....".  lantaklah, dia sengih cam kerang hangus ke apa ke, buat muka macam dia yang salah, sambil geleng-geleng kepala. pastu bila dah tibe hujung tu, kau senyum, pastu kalau kau berani kau cakap, "pasni masuk kelas b.i ek?".. 


p/s: ni semua berdasarkan pengalaman dan tahap imaginasi yang tinggi. nama aje budak darah B, diorang memang macam gini. gile-gile.. so, intipati untuk tips ni adalah, tahap konfiden yang 99.99% kena ada, baki dia, kau kena pakai contact lense kelabu cam aku, sebab ape? saje... 

p/s: selamat mencuba. kalau berjaya buat. aku kasi hadiah baik punyer.. 

4 comments:

Unknown said...

ahahah... ya btui.. penah gak buat cam kat atas.. (diantaranya la...) yg 3 suku tu akak tak buat ye dik. ahahahhaha..... terutama yg salah tempat tuju tu.. ahahhahahaahah....

Unknown said...

yang itu, kite pon tak pernah buat.. jatuh standard esp kalau ada kawan skali.. oh, tidak.. sanggup buat muke tebal tembok

Arina Shamsul said...

hahahaha...senyum2 cam kerang hangus lak sy baca entri ni...emmm dessert yg lemak berkerim subuh2 buta ni..hak3..

Unknown said...

@ Arina Shamsul: ow... itu sudah semestinya.. senyum pagi-pagi termasuk senyum kerang busuk pun, leh jadik awet muda tau... :)

Jelajah Jogja #2

HARI KEDUA : MARI BERMAIN AIR Aku dan Nadia, kitorang bangun awal gila, dalam 4 lebih dah bangun, sebab subuh kat sana awal. sempatl...